cIntA zAffiEka

sekuat mana kita setia , sehebat mana kita merancang , selama mana kita menunggu , sekeras mana kita bersabar , sejujur mana kita meneruma dirinya , jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirnya , kita tidak akan dapat bersama dengannya , jika memang telah ditakdirkan dia jodoh kita , kita tetap akan bersama dengannya . itu kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat mengikut ilmuNya , InsyaAllah . tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah tertulis dan dirancang oleh yang maha Esa . . .












Jumaat, 22 Mac 2013

suami & isteri

Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada umatnya, Hal ini telah dibincangkan oleh ulamak-ulamak Islam dengan detail sekali di dalam kitab-kitab Fekah yang berjudul bab nikah atau fasal nikah. Nikah bermaksud satu ikatan perkahwinan yang sah diantara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat yang tertentu seperti bakal suami, bakal isteri, wali, 2 orang saksi, ijab dan qabul. Pernikahan ini mestilah berdasarkan kepada tuntutan agama bukan berdasarkan nafsu amarah yang sentiasa menipu dan membinasakan manusia. Perkahwinan yang dilaksanakan kerana agama atau sunnah Nabi Muhammad saw akan memperolehi keberkatan dari Allah, sebab ia menjadikan agama sebagai pedoman ia mencari pasangannya. Hadis yang bermaksud :

Apabila pasangan pengantin telah diijab qabulkan, maka jatuhlah kepadanya satu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Ini merupakan amanah dari Allah agar suami dan isteri dapat menjalankan kehidupan rumahtangganya sepertimana yang dituntut oleh Islam. Di antara tanggungjawab suami dan isteri ialah :

Tanggungjawab Suami Ke Atas Isteri

Suami berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya seperti makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)


Suami berkewajiban memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa empat bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan. Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah : 226)


Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari. Pada masa Umar bin al-Khatthab ketetapan semacam ini pernah dilakukan. Ketetapan Umar ini diambil dari firman Allah yang bermaksud : “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” (An-Nisa : 3)


Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” (HR at-Tirmidzi)


Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud : “Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” (HR Muslim)


Suami disunnahkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin melihat saudaranya yang sakit atau menziarahi jika ada yang meninggal dunia.


Penerangan Ringkas

Apa yang diterangkan di atas hanyalah sebahagian dari hak dan tanggungjawab di antara suami isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak menunaikan hak isterinya, suami tersebut telah melakukan kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak memenuhi hak suaminya ia telah melakukan nusyuz.

Bagi pihak isteri yang diabaikan haknya, boleh menuntut haknya kepada suaminya supaya dipenuhi haknya yang belum ditunaikan oleh suaminya. Kalau hal ini tidak dipenuhi oleh suami juga walaupun diberi nasihat dan teguran, maka isteri boleh melapurkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam negeri di Bahagian Pembanggunan Keluarga Islam untuk mendapatkan nasihat dan tindakan seterusnya kepada suami tersebut.

Ingatan kepada suami pada waktu selepas akad nikah dahulu anda telah melafazkan taklik bahawa jika anda mengabaikan tanggungjawab sebagai suami selama 4 bulan Hijriah dengan sengaja atau paksaan, maka mengadulah isteri kepada mana-mana Hakim Syariah atau Jabatan Agama Islam dan sabit kesalahannya, maka dengan itu jatuhlah talak satu kepada isterinya.

Isteri-isteri yang terabai atau terinaya, tak perlulah takut untuk bertindak kerana ini merupakan hak anda semua, tindakan anda jugak tidak berdosa dan tidak dinamakan sebagai isteri yang derhaka. Mentaati suami hanya atas perkara yang tidak melanggar suruhan Allah atau ketentuan agama sahaja, mana-mana perkara yang melanggar suruhan Allah tidak wajib untuk anda ikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan